SEOUL – Parti pembangkang utama, Democratic Party (DP) meminta Presiden Yoon Suk Yeol meletak jawatan serta merta berikutan tindakan beliau mengisytiharkan undang-undang tentera yang mana ia kemudiannya batalkan ekoran penolakan Dewan Negara.

Semasa mesyuarat tergempar ahli Dewan Negara itu, DP mengumumkan ia akan memulakan proses pertuduhan terhadap Yoon kecuali beliau meletak jawatan dengan sukarela, lapor agensi Yonhap.

“Pengisytiharan pelaksanaan undang-undang tentera yang diisytiharkan Yoon jelas melanggar perlembagaan,” menurut DP menerusi resolusi yang menyatakan Presiden itu gagal mematuhi sebarang keperluan untuk mengisytihar undang-undang tentera.

“Ia adalah tindakan pemberontakan dan alasan yang sempurna untuk pertuduhan,” katanya.

Yoon mengisytiharkan ‘darurat’ undang-undang tentera semalam ketika berucap menerusi rangkaian televistyen, dengan menuduh pembangkan ‘melumpuhkan’ kerajaan dengan aktiviti-aktiviti ‘anti negara’. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here