Zainal Abidin Ahmad memperkenalkan model protaip eMO-II di KLIMS 2024.

KUALA LUMPUR – Perodua memperkenalkan evolusi prototaip kenderaan bateri elektriknya yang dikenali sebagai eMO-II (disebut sebagai M-O-2) di Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024) hari ini.

“Prototaip ini adalah kesinambungan perjalanan pembuatan kereta elektrik (EV) , yang mana teknologinya kami cipta sendiri dari awal. eMO-II telah ditambah baik daripada model prototaip terdahulu dari segi penggayaan dan ciri-cirinya, menjadikannya lebih sempurna dan bersedia menuju masa depan EV kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad semasa sesi pelancaran eMO-II di sini.

Prototaip terbaharu ini mempunyai penggayaan lebih kemas, menggabungkan ciri estetik abad ke-21 dengan keunikan Malaysia.

Reka bentuk kereta berkenaan dibuat berdasarkan elemen songket yang digabungkan dengan lampu LED bagi melengkapi keseluruhan rekaannya.

“Ini adalah model prototaip ada lebih banyak ciri-ciri dan penambahbaikan yang akan dimasukkan pada produk akhir kami yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi,” katanya.

Projek EV berkenaan dibangunkan sepenuhnya secara dalaman oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Perodua pada 2023.

“Walaupun proses pembelajaran yang dilalui agak singkat, kami dapat menguasai pembuatan EV dengan lebih baik hasil kerjasama beberapa perunding yang dilantik. Perodua juga bekerjasama dengan beberapa organisasi korporat tempatan untuk memastikan pelanggannya mendapat akses mobiliti yang lebih baik.

“Mobiliti yang lebih baik bermakna kami menitikberatkan semua aspek pemilikan EV bagi memastikan pelanggan kami mendapat pengalaman yang efisyen, mesra pengguna dan dilengkapi oleh prasarana sokongan yang disediakan oleh organisasi ternama di negara ini,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here