P. Ramasamy. Foto AFFAN FAUZI, 21 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Presiden Urimai, P. Ramasamy dilaporkan berada dalam senarai hitam Jabatan Imigresen dan dihalang keluar negara.

Menurut Setiausaha Interim Urimai Satees Muniandy, bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu telah disekat daripada menaiki penerbangan ke Aceh, Indonesia pagi ini.

“Beliau yang dijadualkan untuk menerima Anugerah Keamanan dari Wali Nanggoroe Aceh, di Banda Aceh, malam ini, dimaklumkan oleh pegawai imigresen, bahawa beliau telah disenarai hitam dari meninggalkan negara.

“Difahamkan keputusan imigresen ini disebabkan oleh sekatan yang dikemukakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Apabila dihubungi, pihak SPRM memberitahu bahawa sekatan adalah atas arahan Putrajaya.

“Difahamkan pihak SPRM sedang menyiasat Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang sejak minggu lepas. Sehingga kini, beliau tidak dipanggil oleh pihak SPRM, tetapi pihak SPRM terus meletakkan senarai hitam ke atasnya,” katanya dalam kenyataan.

Satees mendakwa terdapat beberapa individu yang menyasarkan Ramasamy berhubung isu membabitkan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang.

“Adakah menjadi satu kesalahan untuk kritik Kerajaan Madani sekarang, sehingga perlu dilayan seperti seorang penjenayah?

“Mereka yang didakwa dalam mahkamah pun dibenarkan meninggalkan negara, dengan kebenaran dari mahkamah; apakah asas untuk seorang dihalang dari keluar negara atas alasan ‘siasatan’,” katanya.

Ramasamy dalam perkongsian sebelum ini berkata, beliau akan menerima anugerah keamanan daripada Wali Nanggoroe Aceh, Indonesia.

Anugerah tersebut didakwa sebagai pengiktirafan usaha Ramasamy dalam proses keamanan di Aceh yang menjadi tonggak kejayaan Perjanjian Helsinki pada 15 Ogos 2005 di antara Indonesia Dan Gerakan Aceh Merdeka (GAM).-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here