Datuk Seri Hajiji Noor

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah menegaskan pentadbirannya tidak pernah mengeluarkan lesen melombong kepada mana-mana pihak.

Oleh itu, sebarang dakwaan lesen melombong telah diberikan adalah tidak benar sama sekali, kata Datuk Seri Hajiji Noor.

Bahkan, beliau memberi jaminan sumber mineral negeri itu kekal terpelihara dan diuruskan dengan teliti emi masa depan rakyat.

Menurut beliau, setakat ini, kerajaan hanya mengeluarkan lesen mencari gali yang bertujuan penerokaan dan pengumpulan data geomineral.

Jelasnya, proses ini adalah langkah awal yang diperlukan sebelum sebarang permohonan lesen melombong daripada syarikat yang layak dapat dipertimbangkan.

“Malangnya, isu ini telah dijadikan propaganda politik oleh pihak-pihak tertentu dengan niat jahat untuk mencetuskan kekeliruan dan menggugat kestabilan politik.

“Kerajaan Sabah tidak akan tunduk kepada usaha yang berniat untuk menggugat kestabilan politik negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

Hajiji turut menjelaskan, permohonan kumpulan tersebut melibatkan tanah yang sangat luas – hampir satu juta ekar dan sebahagian besar kawasan itu adalah kawasan perlindungan sepenuhnya, kawasan tadahan air an kawasan pemeliharaan.

“Apabila permohonan tidak berjaya, beberapa klip video disebarkan sebagai usaha mengancam kerajaan negeri.

“Tuduhan bahawa wakil rakyat meminta habuan atau melakukan salah laku berkaitan su ini adalah tidak berasas,” jelas Hajiji.

Malah, perbuatan mengaitkan rakaman video yang telah disunting dan disebarkan dengan niat jahat termasuk ancaman berbentuk pemerasan jenayah adalah langkah terdesak bertujuan mencemar nama baik kerajaan dan menjejaskan kestabilan politik Sabah.

“Oleh itu, saya memberi jaminan kepada seluruh rakyat Sabah bahawa pentadbiran saya kekal berpegang kepada prinsip keadilan dan kejujuran.

“Marilah kita bersama-sama memastikan kerajaan ini terus bertanggungjawab, responsif dan fokus kepada keperluan rakyat demi masa depan Sabah yang maju dan sejahtera,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here