Suasana selepas Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP DOSH) ketika melakukan Operasi Tapak Pembinaan (OTP) di Cyberjaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 5 DISEMBER 2024

CYBERJAYA – Sebanyak 71 kes pekerja maut di tapak pembinaan dilaporkan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Mohd Hatta Zakaria.

Daripada jumlah itu 21 kes adalah disebabkan jatuh dari tempat tinggi, katanya.

“Kecederaan yang dilaporkan di tapak pembinaan adalah 175 maut,” katanya ketika ditemui ketika Operasi Tapak Pembinaan (OTP) di sini hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP DOSH) Mohd Hatta Zakaria bercakap kepada media selepas melakukan Operasi Tapak Pembinaan (OTP) di Cyberjaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 5 DISEMBER 2024

Sehubungan itu, katanya, JKKP komited untuk membuat pemantauan konsisten di tapak-tapak pembinaan demi memastikan etika pelaksanaan kerja dipatuhi.

“Kita harap isu keselamatan di tempat kerja dapat ditingkatkan supaya isu kecederaan dan maut dapat dikurangkan,” katanya lagi.

Terdahulu Mohd Hatta berkata, JKKP tahun ini telah melaksanakan tiga siri OTP di seluruh negara.

Secara keseluruhannya, sebanyak 498 surat arahan dikeluarkan selain 416 notis larangan, 187 notis perbaikan dan 102 notis sita dari jabatan tersebut.

“Turut dikeluarkan JKKP adalah 103 cadangan kompaun dan Sembilan cadangan pendakwaan sepanjang OTP,” ujarnya.

Menurutnya, ketiga-tiga operasi diadakan dalam tempoh beberapa bulan bermula Mac hingga November.

Sebagai rekod, sebanyak 203 kes kecederaan pekerja di tapak pembinaan yang diaporkan yang mana 68 daripadanya melibatkan kematian.

Tambahnya, tahun lalu turut dilaporkan 1,144 kejadian pekerja jatuh dari tempat tinggi.

Mengulas lanjut, Mohd Hatta berkata, antara faktor berlakunya kecederaan adalah persekitaraan pekerjaan yang tidak selamat seperti tepian dan lubang terbuka yang mengundang bahaya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here