WASHINGTON – Penasihat keselamatan Presiden Joe Biden memberi amaran bahawa Amerika Syarikat (AS) mungkin kehabisan senjata api dengan pantas dalam peperangan dengan China ketika beliau menggesa pengeluaran peralatan pertahanan yang lebih mapan.

Jake Sullivan meminta pentadbiran akan datang, Donald Trump mengekalkan peningkatan industri pertahanan domestik yang dicetus peperangan di Ukraine.

“Semoga tuhan menghalang pengakhiran peperangan berskala penuh dengan PRC (China),” kata Sullivan.

“Bagaimanapun, sebarang peperangan dengan sebuah negara seperti PRC, tentera seperti PRC akan terlibat membabitkan kehabisan bekalan peralatan ketenteraan dengan pantas,” katanya di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa.

“Sebahagian besar jawapan kepada asas industri pertahanan yang sihat ialah keupayaan untuk menjana semula, melonjak, membina semasa konflik – bukan hanya membina sebelum (konflik), atau bersedia menghadapi konflik,” katanya.

Sullivan menggesa Kongres dan pentadbiran Trump mengekalkan cadangan Biden untuk mewujudkan dana pusingan peralatan perang.

Dana yang dicadangankan sebanyak AS$500 juta setahun akan membolehkan Pentagon memperoleh peralatan perang kritikal walaupun negara itu kehabisannya berikutan terlibat dalam peperangan seperti di Ukraine.

Sullivan yang mengakui mungkin tercetus debat oleh pentadbiran akan datang berhubung saiz belanjawan pertahanan namun berkata, adalah kritikal untuk mengekalkan usaha mempertingkatkan asas industri pertahanan selepas berakhirnya Perang Dingin apabila AS mendapati tiada pesaing utama.

“Kita perlu kekal meningkatkan dan mempercepatkan pengeluaran dan pemerolehan benda yang kita paling perlukan,” katanya.

Sullivan berkata, terdapat keperluan untuk menentang kerjasama yang dijalinkan musuh AS iaitu China, Rusia, Korea Utara dan Iran.

Pasukan Trump jelas tidak begitu berminat mengenai perbelanjaan berbilion dolar dalam penghantaran senjata AS ke Ukraine dan pernah menyatakan penyelesaian dengan Rusia pada kadar segera.

Penasihat Trump, Naib Presiden dilantik, JD Vance berkata, adalah lebih baik sumber AS digunakan untuk menentang China. – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here