KUALA LUMPUR- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan tiada kebocoran data atau transaksi mencurigakan berlaku di dalam sistem jabatan itu.
Katanya, perkara itu disahkan menerusi siasatan yang dijalankan jabatan itu susulan laporan mengatakan terdapat kebocoran data MyKad melibatkan 17 juta rakyat Malaysia.
“Malah, JPN juga menegaskan tiada sebarang kes seperti demikian pernah berlaku sebelum ini melibatkan sistem JPN.
https://malaysiagazette.com/2024/12/04/data-mykad-17-juta-rakyat-bocor-di-darkweb/
“JPN juga telah berhubung dengan pihak NACSA dan PDRM bagi membolehkan siasatan di peringkat mereka diambil.
“JPN akan sentiasa memastikan keselamatan dan integriti data rakyat Malaysia yang berada di bawah jagaan JPN adalah terjamin dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan, data MyKad 17 juta rakyat Malaysia didakwa telah bocor dan dijual di ‘dark web’ atau laman web gelap.
Pemilik akaun X dikenali sebagai Fusion Intelligence Center @ StealthMole mendakwa sampel MyKad yang dipamer secara terbuka menimbulkan kebimbangan terhadap isu kecurian identiti risiko penipuan kewangan.
Dalam perkembangan lain, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menawarkan penggantian pasport secara percuma kepada mangsa banjir dalam usaha untuk membantu mempermudahkan urusan mereka yang terkesan.
Katanya, individu yang pasportnya rosak atau hilang akibat banjir boleh membuat permohonan penggantian pasport secara percuma sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan di mana-mana Pejabat Imigresen berhampiran.