Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa. . Foto AIZAT ZAINAL, 05 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang juga suspek kelapan kes pembunuhan seorang juruwang wanita warga China di sebuah restoran pusat beli belah di Cheras dalam kejadian pada 29 November lalu ditahan bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur,  Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, suspek yang juga warga China berusia 34 tahun itu telah direman selama seminggu untuk membantu pihaknya meneruskan siasatan.

“Wanita itu ditahan di hadapan sebuah kedai serbaneka di KL Sentral itu dihadapkan ke mahkamah Kuala Lumpur hari ini dan dibenarkan direman selama tujuh hari sehingga 11 Disember ini,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Rusdi juga mengesahkan tangkapan awal tujuh suspek termasuk dua wanita warga Myanmar yang dipercayai rakan sekerja mangsa akan dilanjutkan tempoh reman pada Jumaat ini.

Polis akan membuat permohonan perintah sambung reman ke atas tujuh suspek itu selepas tempoh reman mereka tamat pada esok.

Dalam kejadian pada 29 November lalu, mangsa berusia 49 tahun dipercayai mati ditikam di dada dan polis menemui empat hingga lima kesan tikaman pada tubuhnya.

Polis masih dalam proses siasatan untuk menentukan motif pembunuhan dan kes dikendalikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here