Kelab Sahabat Setia Kelana Jaya turut memainkan peranan dalam mendukung calon-calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Umum ke-15

KUALA LUMPUR – Kelab Sahabat Setia Kelana Jaya (KSSKJ) mahu memainkan peranan penting sebagai mata dan telinga menyalurkan maklumat permasalahan rakyat kepada kerajaan.

Pengerusinya, Datuk Azman Shah Abdullah berkata, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kelab itu berperanan sebagai ejen perubahan dalam masyarakat bukan hanya sebagai tempat berkumpul sesama ahli.

Menurut beliau, KSSKJ telah turun padang mendampingi komuniti khususnya B40 dan warga yang kurang bernasib baik untuk membantu mereka yang memerlukan terutamanya di Petaling Jaya.

“Namun salah satu projek utama kelab adalah treasure hunt melibatkan lima negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Pahang di mana kita bukan sahaja memberi sumbangan kebajikan tetapi memberikan peluang kepada ahli berinteraksi dan menjalin hubungan lebih erat dengan komuniti setempat.

“Pada masa sama, keprihatinan kelab juga terbukti sejak program Touch Heart 2021 yang menyokong mangsa-mangsa yang terkesan akibat pandemik Covid19 serta misi bantuan banjir di Taman Tun Dr Ismail an Hulu Langat,” katanya pada Majlis Makan Malam KSSKJ baru-baru ini.

Majlis tersebut dihadiri, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.

Ahmad Maslan menghadiri Majlis Makan Malam Kelab Sahabat Setia Kelana Jaya baru-baru ini.

KSSKJ ditubuh bermula pada tahun 1995 dengan nama Kelab Sukan & Rekreasi Subang. Pada tahun 2014, kelab itu diberi nafas baharu dengan nama Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Kelana Jaya.

Kemudian, pada tahun 2018, penjenamaan semula telah dilakukan dan kelab ini dikenali sebagai KSSKJ.

Mengulas lanjut, Azman Shah menambah, kelab turut memainkan peranan dalam mendukung calon-calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

“Tanpa komitmen dan kerjasama daripada semua ahli, kelab ini tidak akan dapat mencapai matlamat dan visi yang telah digariskan. Tetapi apabila semua bekerja sebagai satu pasukan, tiada yang mustahil untuk dicapai.

“Justeru, kelab juga menganjurkan lawatan sambil belajar ke luar negara khususnya negara jiran dengan memberi peluang kepada ahli-menjadi duta kecil Malaysia dengan mengembangkan wawasan dan pengetahuan mereka serta berkongsi kebaikan kerajaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here