Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang melanggar belakang sebuah lori sedang berhenti di Jalan Besar Pasir Gudang semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang melanggar belakang sebuah lori semasa lampu isyarat merah di simpang tiga Jalan Besar Pasir Gudang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kemalangan pada pukul 6.10 pagi itu melibatkan motosikal jenis RS150 ditungang mangsa dan lori Volvo.

“Kemalangan berlaku apabila lori kontena berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun dalam keadaan sedang berhenti di lampu isyarat kerana lampu isyarat masih berwarna merah.

“Tiba-tiba datang dari arah belakang motosikal ditunggang mangsa yang berusia 28 tahun dan melanggar lori tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Akibat pelanggaran tersebut mangsa mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau memberitahu, siasatan dilakukan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Mohd Sohami menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya terutama ketika waktu puncak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here