Chiung Yao. Foto: AFP

TAIWAN – Penulis novel bahasa Cina popular, Chiung Yao ditemui meninggal dunia di rumahnya di New Taipei City, Rabu lalu.

Menurut laporan Agensi Berita Pusat Taiwan, wanita itu dipercayai telah mengambil nyawanya sendiri.

Sepanjang kerjayanya, Chiung Yao telah menghasilkan lebih daripada 60 novel yang kebanyakannya diadaptasi menjadi filem siri TV popular selama beberapa dekad.

Antara karya paling ikoniknya ialah My Fair Princess, yang telah melonjakkan kerjaya ramai pelakon terkenal seperti Fan Bingbing, Ruby Lin, dan Zhao Wei.

Dalam hantaran terakhirnya di Facebook, Chiung Yao telah mengucapkan selamat tinggal kepada orang tersayang dan menasihati golongan muda untuk tidak berputus asa dalam kehidupan.

Selain itu, beliau juga meminta peminat untuk tidak bersedih atas pemergiannya.

Walaupun jarang muncul di khalayak ramai, Chiung Yao kekal sebagai figura berpengaruh dalam dunia penulisan.

Kisah hidup dan karyanya akan terus dikenang sebagai satu legasi yang telah meninggalkan kesan mendalam kepada industri yang pernah beliau warnai dengan cintanya terhadap seni dan penulisan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here