Foto : AFP

WEST BANK – Kementerian Kesihatan Palestin menyeru campur tangan antarabangsa untuk menghentikan serangan Israel terhadap sistem penjagaan kesihatan.

Seruan itu telah dibuat selepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyerbu sebuah hospital di Nablus dan menahan seorang pesakit, Ayman Ghanem yang cedera dalam serangan dron sehari sebelumnya.

Menurut rejim zionis itu, Ayman merupakan seorang anggota pengganas yang bertanggungjawab atas serangan di Persimpangan Mehola yang telah mengorbankan seorang warga Israel pada Ogos lalu.

Ayman telah dituduh terlibat dalam perancangan serangan baharu dan IDF menyifatkannya sebagai ancaman segera.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, ia adalah satu ‘pelanggaran undang-undang antarabangsa secara jelas’ yang menetapkan perlindungan ke atas pusat rawatan dan pesakit.

Berdasarkan laporan agensi berita Palestin, Wafa, serangan tersebut juga telah mengorbankan tiga orang yang lain.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan Palestin menggesa Palang Merah dan institusi antarabangsa untuk segera campur tangan bagi melindungi sistem kesihatan, termasuk kakitangan dan pesakit.

Walaupun institusi kesiharan dilindungi di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, tentera Israel seakan-akan tidak mengendahkannya kerana sering menyerbu hospital di situ untuk menangkap suspek atau mengambil mayat warga Palestin yang terbunuh. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast