Tertuduh didakwa di Mahkamah MAjistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menculik seorang remaja

JOHOR BAHRU – Seorang pelajar universiti warganegara China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majsitret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang remaja, bulan lalu.

Tertuduh, Huang Xionan yang berusia 22 tahun membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret R Salini selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut yang belajar di sebuah universiti di Singapura didakwa menculik remaja berkenaan dengan niat supaya mangsa dikurung secara rahsia.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh di sebuah hotel di Jalan Station di sini kira-kira pukul 4.08 petang pada 24 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ameerah Allauddeen manakala tertuduh diwakili Peguam Goh Pok Gek.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 27 Januari ini bagi tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, M Kumar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan mangsa yang dipercayai dilarikan seorang lelaki warga China di Kuantan, Pahang, bulan lalu.

Polis sebelum itu menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada bapa mangsa yang juga warga China mengenai anaknya tidak hadir ke sekolah di Singapura dan dipercayai telah dilarikan individu tidak dikenali.

Hasil semakan kemudian mendapati mangsa telah dibawa masuk ke Malaysia melalui Woodlands, Singapura sebelum polis berjaya menyelamatkan mangsa dan menahan suspek di lokasi sama.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here