Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

KUALA LUMPUR – Seorang pendakwah perlulah mengamalkan akhlak terpuji dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat, sesuai dengan peranan mereka dalam mengajak manusia berubah ke arah kebaikan.

Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata demikian susulan insiden tular melibatkan seorang pendakwah Indonesia yang didakwa membuat kenyataan mengaibkan pihak lain di dalam satu ceramah.

“Jika nak ubah masyarakat, perubahan itu perlu bermula daripada diri kita sendiri.

“Dalam konteks ini, jadikan Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik. Meskipun Baginda berada dalam keadaan tertekan, perkataan yang ditutur dan sifat ditunjukkan masih berlemah lembut walau berhadapan dengan musuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Anugerah Pendakwah Negara (APN) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Na’im turut menyarankan pendakwah untuk menitikberatkan sifat Adabul Ikhtilaf, iaitu adab dalam menghadapi perbezaan pendapat.

“Amalkan sikap saling menghormati walaupun berbeza pandangan. InsyaAllah, dengan ada yang baik, pendakwah dapat membentuk masyarakat harmoni dan beradab.

“Dakwah di Malaysia perlu diperkasakan dengan lebih berhikmah dan ini akan menjadikan pendakwah sebagai model peribadi unggul untuk masyarakat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here