KLUANG – Polis sedang mengesan pemilik wang tunai yang ditemui seorang lelaki di bandar ini pada bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, wang berkenaan ditemui orang awam sebelum membuat laporan pada 30 November lalu.
“Hasil siastan di tempat wang dijumpai mendapati, kawasan berkenaan tidak mempunyai rakaman litar tertutup (CCTV) untuk mengesan pemilik wang.
“Setakat ini belum ada pihak yang menuntut wang berkenaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan.
Beliau meinta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Inspektor Khairul Alief Khainudin 019-5545492 atau mana-mana polis berhampiran.- MalaysiaGazette