KUALA LUMPUR – Tindakan nekad seorang wanita yang cuba terjun dari jambatan di jalan utama Kuantan-Johor Bahru, berjaya dihalang dua anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, semalam.
Menurut kenyataan Polis Daerah Rompin, pihaknya menerima aduan daripada orang awam mengenai kejadian itu.
“Semasa rondaan yang dijalankan Koperal Hairul Hamzari Gaya bersama Konstabel Imran Rusli, wanita terbabit dilihat bersendirian dan cuba terjun ke bawah jambatan.
“Hasil siasatan mendapati, wanita itu dipercayai mengalami masalah gangguan mental,”.
Bagaimanapun, mangsa berjaya dipujuk oleh kedua-dua anggota berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Rompin untuk diserahkan semula kepada keluarga.- MalaysiaGazette