Thursday, December 5, 2024
Home Nasional Semua sumbangan banjir perlu disalur kepada NADMA -Nancy

Semua sumbangan banjir perlu disalur kepada NADMA -Nancy

Keadaan semasa air banjir termenung yang masih melimpahi rumah-rumah penduduk ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan. Foto SADIQ SANI, 05 DISEMBER 2024

TUMPAT- Semua barangan bantuan serta sumbangan banjir perlu disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk pengagihan yang lebih teratur, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, ia bagi mengelakkan bantuan dan sumbangan banjir terbabit diterima oleh mangsa banjir yang sama.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri

“Pihak saya menerima laporan bahawa ada mangsa banjir yang sama menerima sumbangan dan barangan yang sama,” katanya pada sidang media selepas menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tumpat (2), di sini, hari ini.

Nancy berkata, pihaknya membenarkan bantuan dan sumbangan daripada pihak luar disalurkan tetapi perlu melalui pihak berkuasa seperti NADMA.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here