KUALA LUMPUR – Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (Waspada) yang akan melibatkan timur dan utara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak bermula 8 hingga 11 Disember ini.
Hujan berterusan dijangka berlaku di Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak yang melibatkan daerah Hulu Perak, Kelantan dan Terengganu bermula 8 Disember ini.
Manakala untuk Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor dijangka mengalami hujan lebat mulai 9 Disember.
Selain itu, amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan pula berkuatkuasa pada 8 hingga 12 Disember ini.
Oramai dinasihati untuk sentiasa berwaspada dan merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia untuk mendapat maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette