SAN FRANCISCO – Gempa bumi dengan kekuatan 7.0 magnitud telah melanda pantai utara California, menurut US Geological Survey.
Amaran tsunami pada mulanya dikeluarkan di sepanjang pantai utara California dan selatan Oregon – kawasan yang merangkumi kira-kira 4.7 juta orang.
Tetapi amaran itu kemudiannya dibatalkan.
Pusat gempa bumi melanda paling hampir dengan bandar Ferndale, California, sebuah bandar kecil di Humboldt County kira-kira 260 batu (418km) di utara San Francisco.
Setakat ini tiada kematian atau kerosakan meluas melibatkan bangunan dilaporkan.
Cuma berlaku kerosakan rumah.
Beberapa kedai di kawasan itu melaporkan barangan terjatuh dari rak dan bekalan elektrik terputus seketika.
Lebih 10,000 orang terputus bekalan elektrik di Humboldt County selepas gempa bumi melanda, menurut poweroutage.us. – Agensi