Barang kes yang dilupuskan itu melibatkan siasatan 14 kes rampasan mesin bitcoin, dua kes rampasan kontraban rokok dan satu kes minuman keras bertempoh antara 2021 hingga 2024. Foto MUHAIMIN MARWAN, 6 DISEMBER 2024

SEPANG – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang hari melupuskan barang kes bernilai RM155, 833.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Norizam Bahaman berkata, barang kes yang dilupuskan itu melibatkan siasatan 14 kes rampasan mesin bitcoin, dua kes rampasan kontraban rokok dan satu kes minuman keras bertempoh antara 2021 hingga 2024.

ACP Norhizam Bahaman (kiri) , Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, ACPKamarul Azran Wan Yusof (tengah) dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan (kanan) menunjukkan rokok rampasan yang dilupuska di IPD, Sepang pagi tadi. Foto MUHAIMIN MARWAN, 6 DISEMBER 2024

“Barang kes mesin bitcoin membabitkan 14 kes iaitu rampasan mesin bitcoin berjumlah 541 unit yang dianggarkan bernilai RM108,200 yang disiasat di bawah Seksyen 427/379 Kanun Keseksaan.

“Manakala dalam dua kes rampasan rokok, pertama membabitkan 636 karton rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM19,892 yang disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam sidang media di sini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Jenayah IPD Sepang yang dihadiri dan disempurnakan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Wan Kamarul Azhar Wan Yusof.

ACP Norhizam Bahaman (tengah) melihat barang yaang akan dilupuksan di IPD, Sepang pagi tadi. Foto MUHAIMIN MARWAN, 6 DISEMBER 2024

Barang kes kedua rampasan kontraban pula membabitkan 10 karton dan 137 kotak lagi rokok pelbagai jenama bernilai RM4,116.

“Manakala satu kes membabitkan 172 botol dan 67 tin minuman keras pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM23,625 juga dilupuskan.

“Arahan pelupusan diperolehi polis dari Majistret Mahkamah Sepang di bawah Seksyen 406A Kanun Prosedur Jenayah selepas kes selesai dibicarakan dan dijatuhkan hukuman.

“Proses pelupusan ini dilakukan syarikat Pandamaran Jaya Motor dari Pelabuhan Klang yang mana syarikat ini mempunyai pensijilan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk melaksanakan pelupusan aset-aset kerajaan selari dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

“Barang mesin bItcoin akan dilupuskan dengan cara menghancurkannya secara manual manakala rokok akan dibakar dalam kebuk pembakaran,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here