Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah membelanjakan RM1.02 bilion untuk membaik pulih dan membina 34,470 buah rumah baharu dalam tempoh dua tahun.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Min berkata, pihaknya sudah membina 245 buah rumah baharu dan membaik pulih 4,814 buah rumah dengan peruntukan sebanyak RM104.4 juta pada 2023 hingga 2024.

“Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pula telah membelanjakan RM920.4 juta untuk menambah baik 23,458 unit rumah serta membina 5,953 unit baharu dalam tempoh yang sama.

“Ini menunjukkan komitmen kerajaan Madani dalam meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya untuk golongan miskin dan miskin tegar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut mengambil langkah proaktif dengan memperkasakan komuniti desa melalui Sistem Ciri-Ciri Spatial Desa Malaysia (S-CHARMs) untuk meningkatkan pembangunan di kawasan kampung.

“Setakat ini, sejumlah 19,474 maklumat sempadan dan profil kampung telah dicerap.

“Saya yakin sistem ini dapat mempercepatkan lagi pelaksanaan projek serta membolehkan perancangan pembangunan kawasan desa berpandukan data sebenar,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here