MERSING – Satu mayat ditemukan orang awam di bawah jambatan Sungai Endau, di sini, hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Supian Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.28 tengah hari.
Berikutan itu katanya, seramai tujuh anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender dikejarkan ke tempat kejadian.
“Mayat berkenaan merupakan seorang lelaki dewasa berusia 42 tahun ditemui berhampiran jambatan.
“Pihak bomba bertindak mengangkat mayat dengan menggunakan stretcher sebelum menyerahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan.
Tambah beliau, operasi tersebut tamat pukul 12.58 tengah hari. – MalaysiaGazette