Seorang penduduk kelihatan sedang meranduk air banjir termenung yang melimpahi rumahnya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan. Foto SADIQ SANI, 05 DISEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) menggerakkan anggota dan  jentera agensi di bawahnya untuk melaksanakan misi bantuan banjir di seluruh negara.

Kementerian itu berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan  MOT bersama agensi-agensi di bawahnya.

Dalam masa sama, kementerian itu turut melancarkan Tabung Bantuan Ihsan Madani MOT 2024 untuk membantu mangsa banjir.

“Sejak hujung minggu lalu hingga ke hari ini, agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah menggerakkan pelbagai usaha bagi membantu mereka yang terjejas akibat banjir termasuk kakitangan dan juga orang awam,” katanya menerusi kenyataan.

Antara agensi di bawah MOT yang terlibat dalam misi bantuan tersebut adalah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD); Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB); Prasarana Malaysia Berhad; MRT COrp dan Jabatan Laut Malaysia (JLM).

Turut terlibat, Perbadanan Aset Keretapi (RAC); Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan ECRL Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) juga Lembaga Pelabuhan Kuantan.

Selain itu MOT turut memaklumkan telah menubuhkan Bilik Gerakan Ihsan Madani sejak Isnin yang lalu yang berfungsi untuk menyelaras perkara-perkara berkaitan kesiapsiagaan bencana peringkat Kementerian itu

“Bilik Gerakan boleh dihubungi menerusi Bilik Mesyuarat Malaysia Airlines, Aras 6 di talian +603 8892 1196 dan
[email protected],” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here