Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat

JOHOR BAHRU – Polis sudah memulakan siasatan kes seorang murid berusia 10 tahun dipercayai dibelasah, rambut direntap dan diseret di Sekolah Kebangsaan (SK) Temenggong Abdul Rahman 2, di sini, seperti yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya sudah pun memanggil saksi-saksi kes tersebut untuk diambil keterangan.

“Kejadian ini dilaporkan seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun semalam berkenaan seorang budak lelaki dipukul dalam makmal komputer sebuah sekolah di Jalan Abdul Rahman Andak, di sini.

“Dalam kejadian itu seorang pelajar lelaki berusia 10 tahun mengalami lebam dan sakit di bahagian pipi kanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pada masa sama pihaknya mengesan video tular kejadian itu pada pukul 8.30 pagi tadi yang memaparkan kejadian seorang pelajar sekolah dipukul guru.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan, kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Raub meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu supaya menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan 07-2182323.

Terdahulu tular foto dan cerita berkenaan murid berkenaan disepak dan ditumbuk serta direntap rambut dan diseret oleh guru sekolahnya di sekolah berkenaan.- MalaysiaGazette

Murid diseret, dibelasah, rambut disentap guru lelaki

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here