Dr Massila Kamalrudin telah berjaya menerima Anugerah Personaliti Pendidikan Transfomartif Cemerlang peringkat Asia.

MELAKA – Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Professor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin menerima Anugerah Personaliti Pendidikan Transfomartif Cemerlang peringkat Asia, baru-baru ini.

Kejayaan ini meletakkan beliau sebagai 10 personaliti terbaik di peringkat Asia dalam bidang kepakaran masing-masing menerusi majlis Top Asia Corporate Ball 2024.

Top Asia Corporat Ball 2024 yang merupakan acara tahunan berprestij yang mengiktiraf syarikat-syarikat, pemimpin industri, pendidikan serta tokoh masyarakat terkemuka dari seluruh Asia untuk diraikan kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

UTeM dalam kenyataan berkata, anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada Dr Massila terhadap pencapaian beliau dalam bidang pendidikan, khususnya dalam memimpin UTeM ke arah kecemerlangan akademik dan inovasi teknikal secara berimpak tinggi.

Anugerah ini mengiktiraf pencapaian beliau menerajui UTeM mencipta kejayaan berantaian dalam pelbagai dimensi bukan hanya di peringkat nasional malahan mengharum di persada di antarabangsa.

“Secara peribadi, pencapaian unggul Anugerah Personaliti Cemerlang Pendidikan Transformatif ini merupakan anugerah ketiga yang diterima beliau sepanjang tahun 2024,” kata UTEM.

Rangkaian anugerah itu secara keseluruhannya telah berjaya menyerlahkan kredibiliti beliau sebagai seorang kepimpinan wanita berkaliber dan kecemerlangan tinggi.

“Secara umumnya, beliau telah mempamerkan kualiti kepimpinan dinamik terbaik sepanjang kariernya sebagai tunggak kepimpinan utama di universiti TVET terbaik di Malaysia ini.

“Beliau turut menyerlah sebagai ikon komited menggalas amanah negara menggerakkan pemerkasaan TVET dalam kalangan wanita dengan menjayakan program JELITA (Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement) secara komprehensif.

“Pada masa yang sama beliau turut diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan Pengerusi Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC), MBOT,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast