Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berucap pada Majlis Perasmian Pameran Jubli Mutiara 30 Tahun LZS di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 6 DISEMBER 2024.

SHAH ALAM –  Pameran 30 Tahun Jubli Mutiara Lembaga Zakat Selangor (LZS) dilancarkan bagi meraikan tiga dekad perjalanan agensi itu dalam memperkukuh institusi zakat dan memperkasakan komuniti di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, pameran berkonsep bahtera itu sebagai simbol perjalanan LZS menggambarkan sebuah kapal yang kuat dan teguh belayar membawa harapan serta bantuan kepada mereka memerlukan.

“Seperti kita lihat di belakang saya ini, disediakan sebuah bahtera yang akan membawa pengunjung menyelusuri perjalanan dan evolusi LZS sejak tahun 1994 dengan hanya satu cawangan dan kini berkembang kepada 18 cawangan.

“Tema ini menunjukkan sebuah kapal yang sangat kukuh, ibarat  sedang belayar di tengah lautan bergelora dengan pelbagai cabaran dan menggambarkan LZS sebuah entiti yang sangat komited dan sentiasa berjuang bagi memberi harapan pada golongan asnaf dan yang memerlukan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Tan Seri Arshad bersama Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini melawat Pameran Jubli Mutiara 30 Tahun LZS di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 6 DISEMBER 2024.

Terdahulu, Majlis Perasmian Pameran 30 Tahun Jubli Mutiara LZS disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, di sini.

Turut hadir Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhammad.

Tambah Mohd Sabirin, pihaknya menyasarkan seramai 20,000 pengunjung ke pameran yang menampilkan pencapaian LZS sepanjang tiga dekad penubuhannya.

Selain itu, LZS mengajak pengunjung melihat agihan kutipan dan kisah kejayaan asnaf yang telah dibantu menerusi pengurusan zakat yang amanah dan profesional dilaksanakan agensi tersebut.

“Saya minta mereka hadir sendiri ke sini untuk melihat secara dekat apa yang dilaksanakan LZS selama ini, dan berharap pameran ini bukan hanya memberi inspirasi semata kepada pengunjung.

“Ia juga dapa membuka mata dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan berzakat sebagai tonggak utama ekonomi ummah terutama di Selanggor,” jelasnya.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Tan Seri Arshad bersama Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini bergambar bersama tetamu yang hadir selepas melawat Pameran Jubli Mutiara 30 Tahun LZS di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 6 DISEMBER 2024.

Katanya, pameran bertemakan ‘Jalinan Harapan, Membangun Kehidupan’ berlangsung sepanjang Disember ini bermula jam 10 pagi hingga 6 petang, bagi mengetengahkan perjalanan 30 tahun LZS dalam menyantuni masyarakat khususnya golongan asnaf.

Mohd Sabirin juga memaklumkan, pelbagai aktiviti menarik disediakan pada semua peringkat umur antaranya reruai bagi informasi berkaitan perkhidmatan LZS, kuiz interaktif, pertandingan mewarna serta program Start With Sepuluh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here