Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kenderaan dipandu seorang wanita di persimpangan lampu isyarat di Simpang 3, Jalan Taman Mas, Puchong, Selangor, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kenderaan dipandu seorang wanita di persimpangan lampu isyarat di Simpang 3, Jalan Taman Mas, Puchong, Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12.50 tengah hari.

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku pada jam 12.45 tengah hari ketika mangsa yang menunggang motosikal sedang menunggu lampu isyarat merah di lokasi terbabit.

“Kemudian, sebuah kenderaan dipandu wanita berusia 39 tahun datang dari arah Putra Perdana menghala ke Sri Aman dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang motosikal mangsa.

“Akibat kejadian itu, mangsa berusia 22 tahun terjatuh dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Sebuah kenderaan dipandu wanita berusia 39 tahun datang dari arah Putra Perdana menghala ke Sri Aman dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang motosikal mangsa.

Tambah beliau, siasatan berhubung kejadian masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian dimita menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Fadzil Zainol Abidin di talian 019-6488474 atau mana-mana balai polis berdekatan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here