Seorang penunggang maut selepas motosikal termasuk bawah bas dalam kemalangan di kawasan lampu isyarat Bakar Batu menghala ke pusat bandar Johor Bahru, hari ini

JOHOR BAHRU – Seorang penunggang maut selepas motosikal termasuk bawah bas dalam kemalangan di kawasan lampu isyarat Bakar Batu menghala ke bandar raya ini pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyalamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Saifulnizam Mohd, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 5.59 pagi.

Sejurus menerima laporan katanya, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera fire rescue tender (FRT), satu unit perkhidmatan penyelamatan perawatan kecemasan (EMRS) dan Unit Bermotor Bomba (RIM) serta 16 anggota bomba dihantar ke lokasi.

“Setibanya ke lokasi pukul 6.05 pagi, didapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 19 tahun dengan sebuah bas dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun.

“Penunggang motosikal yang tersepit di bawah bas kemudiannya berjaya diselamatkan menerusi penggunaan peralatan khas.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di Lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala pemandu bas pula tidak cedera.

Beliau menambah, operasi ditamatkan pada pukul 7.43 pagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here