Polis menahan penjaja jalanan dalam operasi bersepadu bersama MBJB di Bandaraya Johor Bahru semalam

JOHOR BAHRU – Polis menahan empat lelaki kerana menjaja dijalanan di sekitar kawasan Jalan Bertam 23 dan Jalan Datin Halimah, Kempas di bandar raya ini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mereka yang ditahan seorang lelaki tempatan dan tiga lelaki warga Indonesia berusia 17 hingga 28 tahun.

“Kesemua yang ditahan dikenakan tindakan saman atas kesalahan mengikut Peraturan 10A(1)LN 166/59 Peraturan Lalulintas Jalanraya Malaysia.

“Tindakan ini memperuntukkan denda RM2,000 dan notis rampasan dikeluarkan pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengikut Undang-Undang Kecil (4), Undang-undang kecil penjaja MBJB 20210.

“Lelaki warga Indonesia itu dikenakan tindakan bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dengan denda tidak lebih RM1,000 atua penjara tidak lebih enam bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi bersepadu itu melibatkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Johor Bahru Selatan dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dari pukul 3 hingga 7 petang.

Operasi berkenaan kata Raub, disertai seorang pegwai dan enam BSPTD Johor Bahru Selatan dan empat anggota MBJB.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan aktiviti penjaja jalanan dihentikan serta-metta bagi mengelak risiko bahaya dan kemalangan kepada penjaja serta pengguna jalan raya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here