KUAL LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.3 bilion pada 29 November 2024 berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Oktober 2024.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette