Gambar kenangan Siti Zaharan bersama anaknya Muhammad Adam yang terkorban dalam nahas selepas kereta dinaikinya merempuh pembahagi jalan Plaza Tol Sungai Dua arah utara hari ini.

KEPALA BATAS – “Kali terakhir Adam (Muhammad Adam Mifdal Mohd Affendy) telefon pesan tunggu dia balik ada benda nak bagi tau saya tapi tak sangka kami dapat panggilan berhubung kematian dia,”.

Demikian luah Siti Zaharan Shaari, 44, ibu kepada Muhammad Adam, 18, pelajar Akedemi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang maut dalam nahas di Plaza Tol Sungai Dua, hari ini.

Menurut Siti Zaharan, anak sulung daripada empat beradik itu bersama dua rakannya dalam perjalanan dari ibu negara untuk mengadakan persembahan di Kedah Bike Week di Taman Jubli Emas, Alor Setar malam ini.

“Masih terngiang-ngiang perbualan Adam malam tadi memaklumkan mereka akan gerak dari Kuala Lumpur pagi ini dan ada perkara nak maklumkan kepada saya.

Siti Zaharan.

“Namun penantian dia berakhir tragedi dan luluh hati saya apabila dapat panggilan daripada pihak polis jam 11 pagi memaklumkan tentang kematian Adam akibat terlibat dalam nahas,” katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Kepala Batas di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Siti Zaharan menyifatkan anaknya sebagai seorang periang serta disenangi orang sekeliling termasuk kawan-kawan.

“Meskipun sedih dengan kehilangan ini namun saya reda dengan ketentuan Allah SWT.

“Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman di Taman Bersatu, Kuala Kedah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kawasan itu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelajar kolej maut manakala dua rakan cedera

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan seorang pelajar kolej di ibu negara maut manakala dua lagi rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka merempuh pembahagi jalan di Plaza Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di sini.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, mangsa, Muhammad Adam Mifdal Mohd Affendy, 18, meninggal dunia akibat kecederaan parah selain tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.

Manakala dua lagi rakannya, Muhammad Amirul Johan Rizwal, 18, dan Muhammad Shahmi Mohd Yusof, 22, masing-masing cedera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here