Hannah Yeoh menyampaikan insentif Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan di PPA Sri Sabah, Bandar Tun Razak. Foto NORLIZAH ABAS, 7 Disember 2024.

KUALA LUMPUR – Kaum lelaki didapati kurang memanfaatkan program senamrobik komuniti yang dilaksanakan di 43 perumahan awam seluruh Wilayah Persekutuan sejak Mac lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kehadiran setiap minggu yang direkodkan melibatkan semua lokasi mencecah 13,000 orang namun ia kurang mendapat sambutan kaum lelaki.

“Hanya wanita yang keluar bersenam. Cabaran besar kami adalah untuk melihat lelaki turut bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kita buat program ini, senang untuk mereka kerana hanya perlu turun dan bersenam di depan rumah,” ujarnya.

Hannah Yeoh menyampaikan insentif Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan di PPA Sri Sabah, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto NORLIZAH ABAS, 7 Disember 2024.

Beliau menyatakan demikian kepada wakil media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Insentif Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Pada majlis itu, insentif RM10,000 masing-masing diberikan kepada komuniti Projek Perumahan Awam (PPA) Seri Sabah, Bandar Tun Razak dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus, Setiawangsa.

Program itu merupakan inisiatif KBS yang dilaksanakan menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) di 43 lokasi untu membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif.

Pelaksaaan program akan diteruskan pada tahun depan dengan membuat penambahbaikan bagi memastikan lebih ramai penduduk komuniti menyertai senamrobik.

Menurut Hannah, insentif itu dijanjikan ketika program senamrobik percuma hujung minggu dilancarkan di seluruh bandar raya ini.

Video Berkaitan

Ujar beliau, pihak kementerian menilai kehadiran kumpulan yang konsisten dan memberangsangkan setiap hujung minggu.

“Berdasarkan rekod, kami pilih dua PPR bagi menerima insentif RM10,000 setiap satu untuk meneruskan promosi gaya hidup sihat.

“Program ini bagi membantu rakyat Malaysia yang mahu berekreasi tapi keadaan perumahan mereka dan tempat untuk berbuat demikian tidak mencukupi.

“Jadi kita wujudkan program ini dan kita membiayai yuran jurulatih berkenaan yang akan turun setiap minggu dan mengajar mereka bersenamrobik,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here