Gambar hiasan.

AMPANG – Satu mayat lelaki ditemukan dengan keadaan luka di bahagian muka dan kepala di dalam parit bersebelahan Jalan Mewah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam pukul 11.55 pagi.

“Hasil siasatan mendapati mayat itu merupakan seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di parit yang berair.

“Pemeriksaan yang dijalankan oleh Unit Forensik PDRM Bukit Aman mendapati terdapat kesan luka di bahagian muka dan kepala mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Azam, susulan itu mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

Berikutan itu beliau memaklumkan kes terbabit diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here