Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) perlu diadakan bagi membincangkan tindakan susulan berkaitan afidavit tambahan Datuk Mohamad Nizar mengenai titah adendum.
Ahli MKT Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, afidavit Mohamad Nizar membuktikan kebenaran afidavit Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, mengenai kewujudan titah adendum sebelum ini.