Seramai 16 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima sijil pelantikan sebagai Ahli Pasukan Pemeriksa Poligraf Bertauliah dalam satu majlis di Putrajaya. Gambar SPRM.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited mengembangkan penggunaan teknik pemeriksaan poligraf bagi menghadapi kompleksiti jenayah dan merungkai kebenaran dengan lebih cepat serta berkesan.

Penyelaras Pasukan Poligraf SPRM, Noorhakimin Brahim berkata, maklumat daripada pemeriksaan poligraf membantu pasukan siasatan mengenalpasti halatuju siasatan, sekali gus berpotensi menjimatkan masa, kos dan tenaga dalam tindakan siasatan.

Ujar beliau, berdasarkan kes-kes yang pernah disiasat sebelum ini, ujian poligraf membuktikan keberkesanannya dalam membantu mengecilkan skop siasatan dan mengesahkan penglibatan suspek.

“Contohnya, terdapat satu kes yang mana pada peringkat awal siasatan, pasukan siasatan gagal menemukan wang tunai yang disorok oleh suspek.

“Namun melalui penggunaan pemeriksaan poligraf, lokasi wang tunai yang disembunyikan tersebut akhirnya diperolehi dan wang tunai tersebut dijumpai dalam sebuah akuarium di pejabatnya,” ujar beliau dalam kenyataan di Putrajaya, semalam.

Menurut Noorhakimin, dalam konteks undang-undang di Malaysia, walaupun hasil pemeriksaan poligraf belum diterima masuk sebagai keterangan di mahkamah, ia digunakan sebagai proses siasatan membantu pegawai penyiasat mempercepat proses mendapatkan bukti kukuh.

Ujar beliau, secara asasnya, pemeriksaan poligraf merupakan alat yang mengukur tindak balas fisiologi terhadap soalan diajukan kepada suspek atau saksi.

Katanya, poligraf adalah alat yang berkesan bagi mengenalpasti dan mengembangkan maklumat kerana ketepatannya yang diakui melebihi 90 peratus bergantung kepada teknik yang digunakan.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan poligraf boleh digunakan untuk membuat saringan mengesan sejarah membuat tuntutan palsu, pengecaman barang kes, kes bersindiket, aktiviti espionaj, gangguan seksual, aduan palsu, dan lain-lain kesalahan jenayah.

Ujar beliau, selain itu, pemeriksaan poligraf bukan sahaja dilakukan bagi membantu pasukan siasatan dalam merungkai kes-kes melibatkan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.

Kata Noorhakimin, ia turut digunakan dalam proses saringan kepada pegawai baharu SPRM sejak tahun 2021.

“Meskipun pemeriksaan poligraf telah digunakan di SPRM sejak awal 1990an, namun perkembangan ketara hanya bermula sekitar 2015 hingga 2018,” katanya.

Susulan itu, katanya, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini juga dilihat berpotensi menjadi hub latihan utama bagi melatih pemeriksa poligraf mahir dalam teknik itu di masa hadapan.

Ujar beliau, kesungguhan usaha itu dapat dilihat melalui penyerahan sijil pelantikan sebagai Ahli Pasukan Pemeriksa Poligraf Bertauliah kepada 16 pegawai SPRM, Selasa lalu.

Menurut kenyataan itu, pegawai-pegawai tersebut dilatih oleh agensi latihan yang diakreditasi oleh American Polygraph Association (APA) melalui Program Diploma Pemeriksa Poligraf yang berlangsung selama tiga bulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here