SEOUL- Satu usul untuk mendakwa Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera yang gagal ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Usul itu kurang lima undi untuk mencukupi kuorum ditetapkan selepas kesemua 192 wakil rakyat pembangkang dan tiga ahli parlimen parti pemerintah Parti Kuasa Rakyat mengundi.
— BERNAMA-YONHAP