Akmal Nasrullah menyaksikan pertukaran dokumen antara Pengerusi Sekolah Pengajian Pra Siswazah, Prof Ts Dr  Intan Zawrah Mat Darus (kanan) dan Ketua Pegawai Kawal Selia dan Pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Shamsul Ahmad pada Majlis Pelaksanaan Malaysia Energy Literacy Program (MELP) di UTM, Johor Bahru, hari ini

JOHOR BAHRU – Perubahan tarif bekalan elektrik dan air di negara ini bergantung kepada peningkatan kos bahan mentah sekali gus menjadi cabaran mengekal tarifnya.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ia kerana punca yang akan menyebabkan perubahan tarif biasanya adalah kos bahan api.

“Sebab itu pihak kementerian lihat secara holistik agar sistem sedia ada mampu beri bekalan konsisten dan mampan.

“Ini memang cabaran kita kerana perubahan grid tenaga biasa kepada grid tenaga pintar untuk meningkatkan keupayaan turut memakan kos, jadi semakan memang dibuat secara berkala,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri program Sesi Pembelajaran Program Literasi Tenaga Malaysia (MELP) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Sekolah Pendidikan Prasiswazah UTM, Prof Dr Intan Zaurah Mat Darus dan Ketua Pegawai Kawal Selia dan Pengurusan Stakeholder TNB, Datuk Shamsul Ahmad.

Sementara itu, Ahli Parlimen Johor Bahru itu menafikan pembinaan puluhan pusat data baharu di Malaysia akan menjejaskan bekalan tenaga dan air domestik termasuk menyebabkan tarif komoditi itu meningkat.

Jelasnya, tarif elektrik berubah mengikut peningkatan harga kos bahan mentah termasuk arang.

Justeru katanya, pengguna di negara ini tidak perlu risau pembinaan pusat data akan menjejaskan bekalan serta tarif dikenakan kepada mereka.

“Kita tahu pusat data memerlukan penggunaan tenaga dan air yang banyak dan konsisten. Oleh itu kerajaan telah memberi mandat agar segala perancangan dan komitmen baharu mestilah tidak mengganggu keperluan bekalan tenaga sedia ada.

“Disebabkan itu, kita juga menggalakkan syarikat pusat data untuk menggunakan tenaga boleh baharu serta meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga,” ujarnya.

Pada 29 Oktober lalu, Menteri Digital Gobind Singh Deo memaklumkan bahawa Johor kini merupakan hab pusat data dengan pembinaan lebih 50 pusat data khususnya melalui penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here