u Pendidikan PMNI terbahagi kepada tiga peringkat iaitu Pra-PMNI, Pengajian PMNI dan Kuliah Al Isyraq.

KUALA LUMPUR – Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) kini perancangan membina bangunan baharu serba moden yang terletak di Kuala Selangor bernilai RM15 juta.

Pengasasnya, Syeikh Rohimuddin Nawawi Al Banteni berkata, bangunan itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden seperti kelas, kompleks surau, asrama, rumah tenaga pengajar, gelanggang futsal, dewan makan dan kelengkapan yang berkaitan.

Menurut beliau, menerusi pembangunan tersebut, ia dapat memenuhi hasrat PMNI melahirkan generasi seimbang daripada segi zahir, batin dan akal.

“Pengajian ini diterapkan dalam jiwa para pelajar walaupun mereka sepatutnya mengikuti tempoh pembelajaran selama 15 tahun namun dapat dipendekkan menjadi lima tahun dengan kaedah pembelajaran yang terkini dibantu dengan segala teknologi-teknologi serba canggih.

“PMNI sudah melaksanakan projek perintias bermula tahun 2020 dan kumpulan tersebut mendapat pujian  tinggi dari pelbagai ulama dengan pelbagai latar belakang serta mereka sekarang sudah berada di Mesir menyambung pengajian peringkat tinggj.

“Apa yang kami titikberatkan adalah keseimbangan zahir, batin dan akal serta hati selain mengejar cita-cita di dunia namun pada masa sama mereka menyedari kehidupan ini akan berakhir.

“Demi melahirkan para pelajar yang berkualiti, sudah tentu PMNI memerlukan tempat belajar dan penginapan yang lebih selesa di mana ia juga amat dituntut dalam Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Syeikh Rohimuddin Nawawi Al Banteni.

PMNI yang ditubuhkan sejak 2020 dengan aliran Tahfiz-Alim-Akhlak bertujuan untuk meramaikan lagi generasi ulama yang mampu memimpin diri dan masyarakat serta generasi demi generasi khususnya di Nusantara.

Hala tuju pendidikan PMNI terbahagi kepada tiga peringkat iaitu Pra-PMNI, Pengajian PMNI dan Kuliah Al Isyraq yang mengambil tempoh pengajian selama lapanm yang sedang dilalui oleh seramai 23 orang pelajar.

Mengulas lanjut, Syeikh Rohimuudin berkata, pelajar PMNI kini diasah dengan asas Bahasa Arab, pemantapan hafazan Al Quran, hadis, matan asas dan pembentukan adab di mana sudah lima pelajar generasi pertama sedang menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Katanya, Program Pendidikan Berkebajikan PMNI turut  dilancarkan pada Mei 2023 di mana pihak madrasah memberi peluang kepada masyarakat untuk menaja pengajian pelajar-pelajar yang kesemuanya adalah terpilih untuk mengikuti Manhaj Pendidikan Al Isyraq sehingga tamat.

“Ini adalah kerana PMNI bukan hanya berfungsi sebagai sebuah institusi pendidikan bahkan satu ekosistem untuk memurnikan sistem Pengajian Pondok Alam Melayu yang akan memberikan manfaat berterusan untuk ummah.

“Menerusi inisiatif ini, hasrat PMNI untuk memberi pendidikan percuma dari ummah, kepada ummah demi manfaat ummah diharap dapat direalisasikan,” katanya sambil memberitahu PMNI membuka ruang seluasnya kepada sesiapa sahaja untuk berinfaq kepada para pelajarnya menerusi akaun Maybank : 5541 1052 1332 (Pertubuhan Kebajikan Al Isyraq Nusantara). – MalaysiaGazette

Bangunan baharu Pondok Model Nusantara Al Isyraq terletak di Kuala Selangor.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here