Jasmi (tengah) bersama rakyat Syria di Malaysia. #malaysiagazette

KUALA LUMPUR – Kejatuhan Bashar al-Assad sebagai Presiden Syria memberi harapan baharu kepada rakyat negara itu mengecapi kegembiraan.

Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) Jismi Johari yang menyambut baik kejatuhan rejim Bashar berkata, ia merupakan permulaan baharu kepada rakyat Syria.

“Melihat kesengsaraan dan kesusahan yang dihadapi Rakyat Syria serata dunia selama ini. Jujur saya katakan, kami amat bersyukur bagi mereka.

“Adalah diharapkan Syria yang baru dapat memberikan apa yang mereka tidak kecapi selama ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Jasmi, rejim Bashar telah menjalankan pemerintahan kuku besi ke atas rakyatnya bukan sahaja terhadap mereka yang menentangnya tetapi juga menyerang rakyat yang tidak mahu bersama beliau.

“Rakyat Syria yang menjadi pelarian rata-rata adalah mereka yang tidak mahu terlibat dengan kekejaman rejim atau yang menjadi buruan akibat dari nama keluarga yang sama dengan puak penentang,” jelasnya.

Tambah Jasmi, MAHAR bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah membantu pelarian Syria di malaysia sejak bermulanya krisis pelarian dari negara itu ⁠pada 2016.

Kerajaan pada ketika itu telah menerima cadangan NGO untuk mewujudkan Program Penempatan Sementara Migran syria (PPMSM) dan dikelolakan MAHAR.

“Kami di ⁠MAHAR sangat memahami keperluan dan kesusahan yang dihadapi oleh pelarian dari Syria.

“PPMSMS merupakan satu platform yang memberi peluang kedua kepada warga Syria di Malaysia- ⁠selain dari menjaga kebajikan, MAHAR juga memastikan bahawa hak setiap peserta di bawah program dilindungi menepati piawaian hak asasi manusia dan hak-hak pelarian,” katanya.

Melalui PPSMS, ramai rakya Syria telah berjaya sama ada mendapat pekerjaan, berniaga atau melanjutkan pelajaran.

Kumpulan pembebas Syria hari ini mendakwa mereka telah berjaya menawan ibu kota Damsyik sekali gus mengumumkan kejatuhan kerajaan pimpinan Bashar.

Dalam satu kenyataan rasmi, kumpulan itu menyatakan, Bashar juga telah melarikan diri ke lokasi yang tidak diketahui.

Mereka turut mengisytiharkan Damsyik sebagai wilayah bebas daripada cengkaman pemimpin tersebut.

Terdahulu, mereka turut menguasai Homs, yang memberikan kumpulan itu kawalan ke atas kawasan strategik di Syria.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast