Rakaman yang tular di TikTok menunjukkan Khairul Aming terbaring di atas katil di sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan.

KUALA LUMPUR – Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman mendapatkan rawatan di sebuah klinik selepas rebah dipercayai akibat kepenatan.

Menerusi rakaman yang tular di TikTok, Khairul Aming dilihat terbaring di atas katil sebuah klinik ditemani beberapa rakan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Khairul Aming mendapatkan rawatan kerana terlalu penat susulan tidak cukup tidur lebih kurang seminggu.

Malah, ada juga netizen mendakwa, beliau mendapatkan rawatan kerana dipercayai cirit-birit akibat ada pasukan bantuan kepada mangsa banjir yang mengalami gejala tersebut.

Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan kesembuhan kepada beliau agar usaha murninya dapat diteruskan.

Sebelum ini, Khairul Aming bersama pasukan misi Bantuan Orang Baik (BOB) bertungkus lumus untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

Beliau mengetuai misi BOB dengan mengagihkan bantuan kepada penduduk terjejas yang berakhir kelmarin. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here