Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kopi Saigon menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial bahawa Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad mempunyai kaitan dengan jenama minuman berkenaan.

Bahkan, dakwaan Siti Mastura menerima komisen sebanyak 50 peratus daripada setiap cawangan Kopi Saigon merupakan satu tuduhan tidak benar dan tidak berasas.

Dr. Siti Mastura Muhammad

“Pihak kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan telah meminta pemilik akaun memadam hantaran tersebut bagi mengelak sebarang tindakan undang-undang bagi melindungi reputasi Kopi Saigon,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat itu turut menegaskan, lawatan wakil rakyat tersebut ke cawangan Kopi Saigon di Penaga, Pulau Pinang baru-baru ini merupakan inisiatifnya sendiri tanpa sebarang jemputan rasmi.

“Kandungan yang dimuat naik ke akaun media sosial milik beliau juga merupakan inisiatif sendiri untuk mempromosikan perniagaan tempatan di kawasan Parlimen Kepala Batas dan tiada sebarang bayaran atau imbuhan yang diberikan oleh pihak Kopi Saigon,” tambah Kopi Saigon melalui hantaran di Facebook.

Tambahnya, Siti Mastura juga telah menurunkan kandungan tersebut bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

“Kopi Saigon adalah sebuah jenama yang menyantuni semua lapisan masyarakat tanpa mengira sebarang fahaman politik dan kami tidak mempunyai sebarang perhubungan dengan mana-mana parti politik di Malaysia.

Syarikat ini berharap isu ini tidak disalah tafsir dan berharap masyarakat lebih peka dan berhati-hati dalam membuat sebarang hantaran di media sosial. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here