KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin UMNO berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) harus jujur dalam isu titah adendum.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, Kerajaan Madani boleh bertahan lama jika kejujuran wujud.
Secara ini, katanya, tanpa kejujuran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang dalam tempoh 17 bulan.
Dalam hantaran di Facebook, Puad berkata, anggota Barisan Nasional (BN) bukan tidak pernah berbeza pandangan malah kadang kadang gaduh besar.
Tapi konsensus, kesederhanaan dan kejujuran jadi resepi setiakawan.
“Semalam BN sepakat mahu Najib diberikan perbicaraan yang adil dan dibebaskan. Ini namanya setiakawan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
“Justeru PKR juga harus jujur dalam isu titah adendum,” ujarnya. – MalaysiaGazette