Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang wanita membaling kerusi kepada soerang lelaki semasa bergaduh di sebuah restoran di Stulang Baru, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengenal pasti individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah restoran di kawasan Stulang Baru di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima sebuah video tular dalam media sosial berhubung kejadian itu pukul 11 pagi tadi.

“Namun setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung pergaduhan itu setakat ini. Polis sedang mengenal pasti individu-individu yang terlibat, saksi kejadian dan punca sebenar insiden itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Raub menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video berkenaan dalam media sosial.

Jelasnya, ia bagi mengelak salah faham atau spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Menerusi video tular berdurasi satu minit 30 saat itu memaparkan seorang lelaki dan wanita pada mulanya hanya bertengkar mulut sebelum lelaki terbabit yang memakai baju t-shirt merah memukul belakang bahagian badan wanita terbabit.

Wanita tersebut kemudian membalas dengan cuba memukul lelaki itu menggunakan kerusi.

Gadis itu kemudian berlari ke arah kaunter kedai manakala lelaki terbabit ditenangkan orang awam.

Pemilik kedai juga dilihat memadamkan lampu seketika bagi menenangkan keadaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast