Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi membela diri berhubung kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 2 DISEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Tindakan menyembunyikan atau tidak melaksanakan titah diraja secara sengaja boleh membawa kepada implikasi undang-undang dan perlembagaan yang serius di negara ini.

Dakwa penganalisis politik, Lim Sian See, pelbagai hukuman bagi kesalahan itu boleh dikenakan menggunakan beberapa peruntukan perundangan dan Perlembagaan Persekutuan berpandukan kepada sıfat serta konteks titah itu.

Beberapa contoh yang dikemukakan oleh Sian See yang telah menggunakan aplikasi sosial ChatGPT bagi memberi penerangan apakah antara implikasi serta hukuman berkait perbuatan itu.

Antaranya, pelanggaran tugas di mana titah diraja yang dibuat dalam konteks Perlembagaan haruslah dihormati serta dilaksanakan oleh pihak berwajib seperti penjawat awam atau menteri.

Katanya, jika sengaja disembunyikan maka dianggap telah melanggar Perkara 39 dan 40 Perlembagaan Persekutuan yang mana tindakan seperti pemecatan, displin dan pendakwaan di mahkamah.

“Kesalahan ini juga boleh dikategorikan bawah pecah amanah (CBT) dan jika gagal laksana titah diraja ini maka ia melibatkan penyalahgunaan kuasa, manipulasi dokumen atau penyembunyian secara sengaja untuk kepentingan peribadi, ia boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, hukumannya jika sabit boleh penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

“Selain itu, tindakan menyembunyikan atau tidak laksana titah diraja ini boleh juga masuk bawah kesalahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Akta SPRM 2009. Bawah akta ini, penjawat awam tidak boleh salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi atau halang keadilan.

“Menyembunyikan atau enggan melaksanakan titah diraja atas alasan politik atau peribadi boleh dikategorikan sebagai penyalahgunaan kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM yang mana hukumannya penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 (mana-mana yang lebih tinggi),” tulisnya dalam laman sosial Facebook hari ini.

Walaupun tidak merujuk sebarang isu namun kenyataannya itu dikaitkan dengan  titah adendum Agong terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu, Sian See juga berkata, tindakan itu juga boleh dianggap sebagai kesalahan pengabaian tugas serta pentadbiran salah yang mana bawah undang-undang Malaysia.

Katanya, peraturan-peraturan itu termaktub dalam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, jika Jika individu tersebut adalah penjawat awam, mereka boleh dikenakan tindakan disiplin seperti pemecatan atau penggantungan.

“Tindakan ini dianggap sebagai satu penghinaan terhadap instituisi diraja yang jika sabit salah boleh dikenakan hukuman bawah Akta Hasutan 1948 yang boleh menyebabkan pelaku berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

“Kesalahan ini juga boleh dikategorikan sebagai satu pengkhianatan dalam kes-kes tertentu. Andai ini satu percubaan untuk mensabotaj peranan raja-raja atau merendahkan kuasa Yang di-Pertuan Agong, jika didapati bersalah boleh berdepan hukuman berat seperti penjara seumur hidup atau hukuman mati,” ujarnya.

Kata Sian See yang berkongsi analisis ChatGPT itu, hukuman yang dikenakan bergantung pada sifat tindakan, niat dan kesannya.

Jika seseorang didapati bersalah menyembunyikan atau sengaja tidak melaksanakan titah diraja, mereka boleh menghadapi tindakan pentadbiran, sivil, atau jenayah daripada pemecatan hingga hukuman penjara kerana tindakan ini boleh mencetuskan ketegangan antara kerajaan dan institusi diraja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here