KUALA LUMPUR – Meskipun tidak dapat turun padang, Datuk Vida yang kini dalam perjalanan mengerjakan umrah tidak mahu melepas peluang memberi bantuan banjir kepada penduduk-penduduk di Kelantan.

Menghulurkan sumbangan bernilai RM200,000, usahawan kosmetik, Datuk Seri  Hasmiza Othman mewakilkan anak lelakinya, Muhammad Eric Zaquan, 17, atau lebih dikenali sebagai Kacak untuk menyampaikan bantuannya.

Menerusi satu rakaman video di Facebook dan TikTok, beliau memaklumkan, anaknya bersemangat untuk membawa perjuangannya membantu mereka yang dalam kesempitan dan kesusahan selepas diuji dengan musibah banjir.

“Insya-Allah kita cuba bantu dengan sedaya upaya dalam bentuk bantuan makanan dan keperluan harian dan duit kita bagi juga untuk fasa pertama.

“Dan akan ada juga (bantuan) pasca banjir selepas ini,” katanya.

Kelantan merupakan salah sebuah negeri di Pantai Timur yang mengalami situasi banjir buruk sejak beberapa hari lalu. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast