PETALING JAYA – Dua dalang utama sindiket ‘counter setting’ akan didakwa dalam masa terdekat.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pendakwaan dijangka dilajukan pada Disember atau awal tahun depan.
“Kita telah mencadangkan dua pertuduhan, bergantung Kepada Timbalan Pendakwa Raya, sekiranya dapat dituduh dalam bulan Disember ini kalau tidak mungkin awal tahun depan
“Timbalan Pendakwa Raya kita pun sedikit penat sekarang tiba prnghujung tahun saya serahkan kepda mereka sama ada mahu teruskan pendakwaan pada tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2024, di sini, hari ini.
Pada September lalu, SPRM menahan 50 pegawai Imigresen disyaki terbabit dalam sindiket ‘counter setting’ dan menyenaraikan 11 isu sehingga membuka ruang sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi itu.
Mengulas lanjut, Azam mengalu-alukan insiatif Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang ingin menubuhkan pasukan pemantau untuk membuat semakan rambang terhadap kakitangan bertugas di kaunter dan juga pengembara asing, selain pemasangan pagar automatik (autogate) di semua kaunter manual pemeriksaan Imigresen, pintu masuk utama negara.
Jelasnya, usaha itu dilihat beroptensi meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan intergriti pegawai JIM di pintu masuk negara.
“Mereka (pegawai JIM) di pintu masuk negara merupakan barisan hadapan dan perlu menunjukkan tauladan yang baik. Sistem penyampaian juga perlu berkelas tinggi,” tambah beliau. -MalaysiaGazette