Seorang lelaki memijak gambar bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad selepas orang ramai memasuki kediamannya di Damsyik pada 8 Disember 2024. Foto: AFP.

MOSCOW – Bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad dan keluarga tiba di Moscow di mana beliau telah diberi suaka atas alasan kemanusiaan, menurut sumber Kremlin yang mengesahkan perkara itu kepada agensi berita Novosti.

Akhbar Rusia, Vesti Nedelya, yang memetik sumber melaporkan bahawa al-Assad, meletak jawatan selepas kumpulan bersenjata  yang kini berfungsi sebagai peralihan tentera kerajaan Syria menguasaai Damsyik semalam, tiba di Moscow bersama keluarganya semalam.

Sumber Kremlin berkata, Rusia sentiasa menganjur penyelesaian diplomatik terhadap krisis Syria.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast