Pengerusi DAP Lim Guan keluar dari Mahkamah Kuala Lumpur selepas memenangi kes saman fitnah oleh pengerusi PN Muhyiddin Yassin. Foto AIZAT ZAINAL, 8 November 2024.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah memfaikan notis kebankrapan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Difahamkan tindakan itu susulan selepas Mahkamah Tinggi di sini sebelum ini memerintahkan Muhyiddin yang Pengerusi Perikatan Nasional (PN) untuk membayar ganti rugi sebanyak RM1.35 juta kepada Guan Eng kerana memfitnah dalam isu cukai terhadap Yayasan Albukhary.

Guan Eng yang juga Pengerusi DAP telah memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Guok Partnership.

Bagaimanapun, menurut peguam mewakili Muhyiddin, Chetan Jethwani, pihaknya telah memfailkan permohonan menangguhkan tindakan itu sementara pihaknya merayu bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Chetan juga memaklumkan pihaknya masih lagi menunggu notis kebanrapan tersebut.

Sebelum ini, dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 27 Mac 2023, Guan Eng mendakwa beliau telah difitnah pada hari sama diikuti pada 11 dan 12 Mac 2023 di dalam Facebook dan kemudian diterbitkan oleh beberapa akhbar dan portal berita.

Kata Guan Eng, kenyataan fitnah berkenaan antaranya bermaksud beliau menyalahgunakan kedudukan dengan memberi kuasa atau mengarahkan LHDN untuk mengenakan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan apabila ia tidak patut dikenakan cukai.

Jelas beliau kenyataan itu seolah-olah bermaksud beliau bersifat perkauman, anti-Melayu dan anti-Islam dengan sengaja menyasarkan Yayasan Al-Bukhary dan dirinya serta sengaja mensabotaj yayasan berkenaan.

Ini juga bermaksud dakwa Guan Eng beliau seorang pendendam dan bertindak dengan niat jahat dengan menyalahgunakan kuasa serta tidak cekap ketika memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Justeru itu, plaintif menuntut Muhyiddin memohon maaf dan menarik kesemua kenyataan terbabit dan menyiarkan permohonan maaf dalam Facebook dan Twitter miliknya serta dalam beberapa akhbar dan portal berita di negara ini dalam masa tujuh hari dari tarikh penghakiman.

Sebelum itu juga, Guan Eng sudah telah menghantar surat tuntutan untuk Muhyiddin menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung tuduhan mengaitkannya dengan pembatalan cukai kepada Yayasan Albukhary.

Muhyiddin sebelum ini mendakwa Guan Eng sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap keputusan mengenakan semula cukai ke atas Yayasan Albukhary.

Ujar Muhyiddin, selepas Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara pada Mei 2018, LHDN enggan melaksanakan pengecualian cukai yang telah diberikan sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here