KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) mengumumkan penutupan jalan di hadapan Dewan Tunku Canselor (DTC) bermula 10 Disember hingga 20 Disember 2024 bagi persiapan Majlis Malam Alumni Universiti Malaya 2024 yang berlangsung pada 17 Disember.
UM dalam satu kenyataan berkata, sepanjang tempoh tersebut, jalan akan ditutup sepenuhnya dan sebagai alternatif, kenderaan ringan yang ingin menghala ke DTC akan diarahkan menggunakan laluan hadapan Rumah Universiti.
“Kenderaan berat seperti lori, treler, dan bas tidak dibenarkan melalui laluan ini sepanjang tempoh penutupan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan persiapan majlis serta mengelakkan sebarang gangguan kepada perjalanan,” katanya.
Oleh itu, orang awam diminta merancang perjalanan dengan teliti bagi mengelakkan kesulitan.
Majlis tersebut bakal dihadiri dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UMberharap agar semua pihak dapat memberi kerjasama demi kelancaran persiapan dan pelaksanaan majlis. – MalaysiaGazette