Dua kereta remuk teruk selepas bertembung namun hanya mengakibatkan tujuh cedera ringan di Jalan Seelong-Ulu Tebrau, Kulai, malam kelmarin.

KULAI – Berpantang maut sebelum ajal.

Jika dilihat keadaan remuk dua buah kereta yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Seelong-Ulu Tebrau di sini malam kelmarin mungkin ramai mengandaikan ia melibatkan kehilangan nyawa.

Bagaimanapun tujuh mangsa termasuk penumpang kedua-dua kereta terselamat dan hanya mengalami cedera ringan sahaja.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 8.30 malam.

Beliau memberitahu, kemalangan tersebut melibatkan kereta jenis Proton Waja dan Proton Persona.

“Hasil siasatan awal, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila pemandu Proton Waja yang memotong di kawasan yang tidak dibenarkan telah bertembung dengan Proton Persona dari arah bertentangan.

“Akibatnya, pemandu dan penumpang Proton Waja terbabit mangalami kecederaan ringan di bahagian badan manakala pemandu dan penumpang Proton Persona mengalami kecederaan ringan di bahagian mata dan badan,” katanya dalam kenyataan.

Foto kemalangan tersebut tular dalam media sosial memaparkan kedua-dua kereta remuk di bahagian depan sekali gus menyebabkan laluan di lokasi terhalang.

Kes disiasat bawah Kaedah 12(3) LN 167/59 kesalahan memotong di dua garisan berkembar.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Mohd Nazi Mohd Amin di talian 012-444 6443 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here